Thursday, 26 March 2015

الطُّيُورُ - BURUNG-BURUNG - BIRDS

Assalamualaikum semua.

In sha Allah, hari ini kita akan belajar mengenai tajuk الطُّيُورُ yang bermaksud BURUNG-BURUNG.


Selamat menghafal ye.


بَطٌّ - Itik - Duck

حَمَامَةٌ - Burung Merpati - Pigeon


طَاوُوْسٌ - Merak - Peacock


غُرَابٌ - Burung Gagak - Crow


نَعَامَةٌ - Burung Unta - Ostrich


دِيْكٌ رُوْمِيٌّ - Ayam Belanda - Turkey






Monday, 16 March 2015

Menyanyi dan menulis nombor arab~^^

Assalamualaikum..

Hari ini ustazah nak share 2 video yang amat berguna kepada para pelajar untuk mudah mengingati nombor dan tulisannya dalam bahasa arab.

Kita nyanyi dulu lagu nombor dalam bahasa arab ini.



Seronok kan lagu tadi? Lepas nyanyi, jom kita belajar tulisannya pula. Jadi, anda semua tidak akan keliru bagaimana nak tulis nombor yang hampir sama bentuknya seperti contoh nombor 2 dengan 6, dan nombor 7 dengan 8.


Comel kawan2 kita menggayakan tulisan nombor arab. Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, Assalamualaikum.

Friday, 27 February 2015

Kata Ganti Nama (الضَّمَائِرُ)

Assalamualaikum semua..

Hari ini ustazah wujudkan entri baru untuk topik yang baru iaitu الضَّمَائِرُ atau pun dikenali sebagai kata ganti nama. Setiap bahasa yang wujud di muka bumi ini pasti mempunyai kata ganti nama tersendiri. Di dalam bahasa Melayu, contoh kata ganti nama adalah seperti "saya", "awak", "kami", "mereka". Kata ganti nama dalam bahasa Inggeris pula adalah seperti "I", "you", "we", "they".

Begitu juga dengan bahasa Arab. Ustazah simpulkan kesemua 14 kata ganti nama dalam bahasa Arab di dalam gambar rajah di bawah.



Dan gambar di bawah ini pula adalah bahagian2 الضَّمَائِرُ beserta maksud untuk setiap kata ganti nama tersebut.




Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Sekian, Assalamualaikum.