Sunday 11 January 2015

Selamat Kembali ke Sekolah~



Gambar pembakar semangat (PELAJAR MUMTAZ PSRA 2014)

Akhirnya, hari yang dinanti akan tiba juga esok (12/1/15). tak sabar rasa hati ini untuk kembali ke sekolah dan berjumpa dengan pelajar tahun 5 untuk sesi 2015. Alhamdulillah tahun ni masih lagi diberi kepercayaan untuk membimbing kelas tahun 5 seperti 2 tahun sebelum ni.


kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun lepas, teruskan usaha kamu untuk mencapai kecemerlangan tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali riak dan bangga diri dengan pencapaian kamu. sentiasa beringat bahawa kehidupan ini ibarat roda. adakalanya kita berada diatas, dan kadangkala kita juga boleh berada di bawah. bantulah rakan2 yang lemah agar kejayaan dapat dikongsi bersama..
In shaa Allah.


Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan blog ustazah ni ye..ustazah buat blog ni khas untuk kamu semua sebagai sumber rujukan dan perkongsian ilmu.

INGAT !!! JANGAN PUTUS ASA~ ^^



Friday 9 January 2015

Assalamualaikum dunia..

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati ini untuk create 1 blog untuk dimanfaatkan oleh diri sendiri dan juga pembaca semua. InsyaAllah.


Belanja 1 gambar hari ni. Ber'steambot' di Al-Fateh Steambot & Grill Kg. Jawa.
Alhamdulillah~^^