Friday, 27 February 2015

Kata Ganti Nama (الضَّمَائِرُ)

Assalamualaikum semua..

Hari ini ustazah wujudkan entri baru untuk topik yang baru iaitu الضَّمَائِرُ atau pun dikenali sebagai kata ganti nama. Setiap bahasa yang wujud di muka bumi ini pasti mempunyai kata ganti nama tersendiri. Di dalam bahasa Melayu, contoh kata ganti nama adalah seperti "saya", "awak", "kami", "mereka". Kata ganti nama dalam bahasa Inggeris pula adalah seperti "I", "you", "we", "they".

Begitu juga dengan bahasa Arab. Ustazah simpulkan kesemua 14 kata ganti nama dalam bahasa Arab di dalam gambar rajah di bawah.



Dan gambar di bawah ini pula adalah bahagian2 الضَّمَائِرُ beserta maksud untuk setiap kata ganti nama tersebut.




Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Sekian, Assalamualaikum.

400~500 dalam Bahasa Arab

Assalamualaikum...

haaa...macam mane dengan latihan yang ustazah suruh cube buat tu? ustazah yakin dan pasti ade yang sudah mencubenye dan sekarang adelah mase untuk kamu semak semula, same tak jawapan kamu dengan jawapan ustazah..





gambar- gambar ni boleh lah dicetak dan ditampal di dalam buku tulis. kalau nak lagi cantik, cetak lah dengan kertas berwarna dan tampal di dinding bilik kamu. jadi kamu boleh tengok hari2 nota ini.

Sekian dulu dari ustazah. jumpe di lain entri ye.

Assalamualaikum..




Wednesday, 18 February 2015

Nombor Dalam Bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabar para pelajar ustazah sekalian? Ustazah harap kamu semua bersemangat untuk belajar melalui blog ustazah ini. Pastikan kamu sudah memegang pensel dan kertas sebelum membaca entri kali ini.

Untuk entri kali ini, ustazah ingin menerangkan tentang tajuk pertama dalam buku Bahasa Arab Tahun 5 iaitu الْأَعْدَادُ وَالْأَرْقَامُ yang bermaksud Bilangan dan Nombor.

Seperti yang ustazah jelaskan di dalam kelas, untuk Tahun 5, nombor yang akan dipelajari ialah bermula dari 400 hingga 500. Kalau dalam Bahasa Melayu, pejam mata pun kamu semua boleh sebut kan? Hehehe…Tetapi disebabkan nama pelajaran kita ialah Bahasa Arab, maka, kita perlulah sebut nombor2 tersebut  di dalam Bahasa Arab juga ye.

Di sini ustazah sertakan bagaimana cara mudah untuk mengetahui nombor dalam perkataan Bahasa Arab.

PERTAMA: 
Buatkan garisan seperti di bawah. Pastikan ada 3 ruangan iaitu untuk ruangan Ra (Ratus), Pu (Puluh) dan Sa (Sa). Ustazah masukkan contoh nombor 438 mengikut kedudukannya.


KEDUA :
Tuliskan nombor tulisan arab di bawah setiap nombor dalam rumi tersebut.


KETIGA :
Tuliskan perkataan dalam Bahasa Arab mengikut nombor dan kedudukannya. Pastikan perkataan Bahasa Arab untuk nombor tersebut adalah betul. Contoh kedudukan 3 adalah pada Puluh. Jadi, perkataan Bahasa Arab untuk 30 ialah ثَلَاثُوْنَ.


KEEMPAT :
Susun perkataan tersebut untuk menjadikan perkataan yang lengkap bagi nombor tersebut. Dimulakan dengan kedudukan RATUS, SA dan PULUH. Jangan lupa untuk letak huruf WAU (وَ) ye.



Mudah kan? Kamu boleh cuba untuk nombor yang lain pula.

Kalau kamu ingin tahu ejaan yang betul untuk setiap nombor, boleh la rujuk pada gambar di bawah ye.





Setelah selesai mencuba, kamu boleh klik disini untuk mengetahui jawapan kesemua nombor dari 400-500 dalam Bahasa Arab. Ustazah harap kamu dapat mencetaknya dan tampal di dalam buku nota Bahasa Arab.

Semoga berjumpa di entri akan datang.

Assalamualaikum.. 




Ain. Lam. Mim. Wau

Assalamualaikum semua..

Pada tahun ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Arab, Imlak, Hafazan, Al-Quran dan Khat Tahun 5.

Banyak kan subjek yang saya kena ajar? hehehehe..

Ada bagusnya juga bila kita ditugaskan untuk mengajar pelbagai subjek ni. Terutamanya dari segi penambahan ilmu. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak lah ilmu yang kita dapat dan dapat dikongsi bersama. Kadang2, kita dapat menghubungkaitkan sesuatu pelajaran dengan pelajaran yang lain. 

Contohnya, khat dengan jawi. Sambil murid menulis huruf dengan kaedah khat yang betul, kita boleh meminta murid mengeja perkataan yang mengandungi huruf tersebut. (huruf ف untuk فوتو dan sebagainya).

Kepada murid2 yang ustazah kasihi, In sha Allah, ustazah akan masukkan nota dan latihan ke dalam blog ini untuk rujukan kamu semua. Kamu boleh cetak nota dan latihan tersebut dan tampal di dalam buku tulis kamu. Ustazah harap tiada lagi masalah nota yang tidak lengkap jika kamu tidak dapat hadir ke sekolah ye.

Wallahua'lam..

Assalamualaikum..^^ 


NAK PILIH YANG MANE? ANDA TENTUKAN!!!