Wednesday, 18 February 2015

Ain. Lam. Mim. Wau

Assalamualaikum semua..

Pada tahun ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Arab, Imlak, Hafazan, Al-Quran dan Khat Tahun 5.

Banyak kan subjek yang saya kena ajar? hehehehe..

Ada bagusnya juga bila kita ditugaskan untuk mengajar pelbagai subjek ni. Terutamanya dari segi penambahan ilmu. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak lah ilmu yang kita dapat dan dapat dikongsi bersama. Kadang2, kita dapat menghubungkaitkan sesuatu pelajaran dengan pelajaran yang lain. 

Contohnya, khat dengan jawi. Sambil murid menulis huruf dengan kaedah khat yang betul, kita boleh meminta murid mengeja perkataan yang mengandungi huruf tersebut. (huruf ف untuk فوتو dan sebagainya).

Kepada murid2 yang ustazah kasihi, In sha Allah, ustazah akan masukkan nota dan latihan ke dalam blog ini untuk rujukan kamu semua. Kamu boleh cetak nota dan latihan tersebut dan tampal di dalam buku tulis kamu. Ustazah harap tiada lagi masalah nota yang tidak lengkap jika kamu tidak dapat hadir ke sekolah ye.

Wallahua'lam..

Assalamualaikum..^^ 


NAK PILIH YANG MANE? ANDA TENTUKAN!!!

0 ulasan:

Post a Comment