Wednesday, 18 February 2015

Nombor Dalam Bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabar para pelajar ustazah sekalian? Ustazah harap kamu semua bersemangat untuk belajar melalui blog ustazah ini. Pastikan kamu sudah memegang pensel dan kertas sebelum membaca entri kali ini.

Untuk entri kali ini, ustazah ingin menerangkan tentang tajuk pertama dalam buku Bahasa Arab Tahun 5 iaitu الْأَعْدَادُ وَالْأَرْقَامُ yang bermaksud Bilangan dan Nombor.

Seperti yang ustazah jelaskan di dalam kelas, untuk Tahun 5, nombor yang akan dipelajari ialah bermula dari 400 hingga 500. Kalau dalam Bahasa Melayu, pejam mata pun kamu semua boleh sebut kan? Hehehe…Tetapi disebabkan nama pelajaran kita ialah Bahasa Arab, maka, kita perlulah sebut nombor2 tersebut  di dalam Bahasa Arab juga ye.

Di sini ustazah sertakan bagaimana cara mudah untuk mengetahui nombor dalam perkataan Bahasa Arab.

PERTAMA: 
Buatkan garisan seperti di bawah. Pastikan ada 3 ruangan iaitu untuk ruangan Ra (Ratus), Pu (Puluh) dan Sa (Sa). Ustazah masukkan contoh nombor 438 mengikut kedudukannya.


KEDUA :
Tuliskan nombor tulisan arab di bawah setiap nombor dalam rumi tersebut.


KETIGA :
Tuliskan perkataan dalam Bahasa Arab mengikut nombor dan kedudukannya. Pastikan perkataan Bahasa Arab untuk nombor tersebut adalah betul. Contoh kedudukan 3 adalah pada Puluh. Jadi, perkataan Bahasa Arab untuk 30 ialah ثَلَاثُوْنَ.


KEEMPAT :
Susun perkataan tersebut untuk menjadikan perkataan yang lengkap bagi nombor tersebut. Dimulakan dengan kedudukan RATUS, SA dan PULUH. Jangan lupa untuk letak huruf WAU (وَ) ye.



Mudah kan? Kamu boleh cuba untuk nombor yang lain pula.

Kalau kamu ingin tahu ejaan yang betul untuk setiap nombor, boleh la rujuk pada gambar di bawah ye.





Setelah selesai mencuba, kamu boleh klik disini untuk mengetahui jawapan kesemua nombor dari 400-500 dalam Bahasa Arab. Ustazah harap kamu dapat mencetaknya dan tampal di dalam buku nota Bahasa Arab.

Semoga berjumpa di entri akan datang.

Assalamualaikum.. 




7 ulasan:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam ustazah?kalau 23 dlm bahasa arab macam mana?ini bab puluh...sekolah agama kata mula dari kiri dulu...tapi sekolah kebangsaan kata pulak mula dari kanan dulu....(musykil sangat)tlg jwb secepat munkin..sbb..sy ada ujian esok...minta maaf sbb ltk nm org putih sbnrnye org islam.

Ibnu Asjam said...

Sebut nilai sa kemudian puluh.. antara sa dan puluh ditambah “و” berbaris atas.
٤٥
خمسة واربعون

Badrol said...

456

miss AA said...

sangat membantu terima kasih ustazah

Cccc said...

Mohon share.. terima kasih

Unknown said...

hai uztazah


nama:qisha

Post a Comment