Bismillahirrahmanirrahim…
Apa khabar para pelajar ustazah sekalian? Ustazah harap kamu semua bersemangat untuk belajar melalui blog ustazah ini. Pastikan kamu sudah memegang pensel dan kertas sebelum membaca entri kali ini.
Apa khabar para pelajar ustazah sekalian? Ustazah harap kamu semua bersemangat untuk belajar melalui blog ustazah ini. Pastikan kamu sudah memegang pensel dan kertas sebelum membaca entri kali ini.
Untuk entri
kali ini, ustazah ingin menerangkan tentang tajuk pertama dalam buku Bahasa Arab Tahun 5 iaitu الْأَعْدَادُ وَالْأَرْقَامُ yang bermaksud Bilangan dan Nombor.
Seperti yang
ustazah jelaskan di dalam kelas, untuk Tahun 5, nombor yang akan dipelajari
ialah bermula dari 400 hingga 500. Kalau dalam Bahasa Melayu, pejam mata pun
kamu semua boleh sebut kan? Hehehe…Tetapi disebabkan nama pelajaran kita ialah Bahasa
Arab, maka, kita perlulah sebut nombor2 tersebut di dalam Bahasa Arab juga ye.
Di sini
ustazah sertakan bagaimana cara mudah untuk mengetahui nombor dalam perkataan Bahasa Arab.
PERTAMA:
Buatkan garisan seperti di bawah. Pastikan ada 3 ruangan iaitu untuk ruangan Ra
(Ratus), Pu (Puluh) dan Sa (Sa). Ustazah masukkan contoh nombor 438 mengikut kedudukannya.
KEDUA :
Tuliskan
nombor tulisan arab di bawah setiap nombor dalam rumi tersebut.
KETIGA :
Tuliskan perkataan dalam Bahasa Arab mengikut
nombor dan kedudukannya. Pastikan perkataan Bahasa Arab untuk nombor tersebut
adalah betul. Contoh kedudukan 3 adalah pada Puluh. Jadi, perkataan Bahasa Arab untuk 30
ialah ثَلَاثُوْنَ.
KEEMPAT :
Susun
perkataan tersebut untuk menjadikan perkataan yang lengkap bagi nombor
tersebut. Dimulakan dengan kedudukan RATUS, SA dan PULUH. Jangan lupa untuk
letak huruf WAU (وَ) ye.
Mudah kan?
Kamu boleh cuba untuk nombor yang lain pula.
Kalau kamu ingin tahu ejaan yang betul untuk setiap nombor, boleh la rujuk pada gambar di bawah ye.
Setelah selesai mencuba, kamu boleh klik disini
untuk mengetahui jawapan kesemua nombor dari 400-500 dalam Bahasa Arab. Ustazah harap kamu dapat
mencetaknya dan tampal di dalam buku nota Bahasa Arab.
Semoga berjumpa di entri akan datang.
Assalamualaikum..
7 ulasan:
salam ustazah?kalau 23 dlm bahasa arab macam mana?ini bab puluh...sekolah agama kata mula dari kiri dulu...tapi sekolah kebangsaan kata pulak mula dari kanan dulu....(musykil sangat)tlg jwb secepat munkin..sbb..sy ada ujian esok...minta maaf sbb ltk nm org putih sbnrnye org islam.
Sebut nilai sa kemudian puluh.. antara sa dan puluh ditambah “و” berbaris atas.
٤٥
خمسة واربعون
456
sangat membantu terima kasih ustazah
Mohon share.. terima kasih
hai uztazah
nama:qisha
Post a Comment